Friday, 10 May 2013

10 USAHAWAN GRADUAN

1 - HARFIRDAUS CHE LAH




KMJ SUPPLIES SDN BHD @ PERFECT FRESH AND FROZEN


KMJ Supplies Sdn Bhd beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, Daging Kambing Boer, Daging Rusa, Daging Unta, Daging Arnab dan Daging Ayam Kampung. Selain itu, KMJ Supplies Sdn Bhd juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing. KMJ Supplies Sdn Bhd juga adalah syarikat franchisor berdaftar untuk brand Perfect Fresh and Frozen .

Tidak ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah. Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan, sedangkan ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik. Justeru, `haluan' yang dipilih nyata menyimpang jauh daripada ilmu yang ditimba di universiti tetapi bagi Harfirdaus Che Lah, dalam usia yang baru mencecah 23 tahun, dia menganggapnya sebagai satu cabaran yang memerlukan kecekalan, keberanian selain tidak berputus asa untuk menambah pengetahuan. “Saya sudah jatuh cinta dengan perniagaan ini, ujarnya,‘’ ketika ditemui di pejabatnya di Kajang baru-baru ini. Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikirannya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan. Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

2 - P G CHENG



CHENG (kiri) bersama beberapa produk makanan kesihatan cendawan tersebut yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Ganofarm Sdn. Bhd. bersama Dr. Noorlidah.Cendawan itu kini ditanam secara komersial di beberapa buah negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat. "Di Malaysia tidak ramai yang menanam cendawan ini kerana pasarannya kurang memberangsangkan," kata Prof Dr. Noorlidah Abdullah dari Institut Sains Biologi Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.






Beliau yang juga mengamalkan minuman ekstrak ling zhi berkata, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Polisakarida, bahan aktif yang terdapat dalam ling zhi berupaya menguatkan sistem imun tubuh. Ling zhi boleh dijadikan langkah untuk mencegah kanser, bertindak sebagai antialergi, antiradang, antiviral, antibakteria dan antioksidan," katanya.
Selain itu, ling zhi mempunyai antioksidan paling tinggi berbanding cendawan lain.
Antioksidan boleh menyingkir radikal bebas yang terbentuk dalam badan melalui metabolisme tubuh. Radikal bebas akan merosakkan lipid pada membran sel dan asid deoksiribunokliek (DNA). Jadi apabila berlakunya serangan, tubuh boleh terdedah kepada penyakit seperti jantung, artritis dan penyakit lain.
 

3- Nor Zaina Bt Ghani






 
Pengarah Eksekutif Positive Image Resources
Nor Zaina Bt Ghani ( Datin Ira)
 
Nama Syarikat
Positive Image Resources
Alamat Ibu Pejabat :
No. 38A, Jalan 6/21D,
Medan Idaman Business Centre,
53100 Gombak, Kuala Lumpur,
Malaysia
Telefon: 603-4024 1696/ fax: 603-4024 1996/ email: info@mmp2u.com
Jawatan:
Pengarah Eksekutif Positive Image Resources
Pengasas Aura Seri & Aura Genius
Pengasas Aura Seri Spa & Beauty
Pengasas Aura Seri Cosmetics (Skin Care Series)
Kelulusan:
Diploma Kecantikan in Alternative Medicine
Open International University of Culcutta India
(Master Reiki, Aromatherapy, Herba, Colour Therapy, Psikologi, Mind Therapy, Perunding Kecantikan )
Penghasilan Aura Seri dan Aura Genius
Menyedari potensi perniagaan dan atas tujuan mendidik masyarakat mengenai sains baru ini, pihak Positive Image Resources telah mengambil langkah dinamik dan inisiatif menjadi perintis teknologi Aura nombor satu di Malaysia dan seterusnya memperkenalkan satu-satunya produk yang telah diuji secara klinikal di pusat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada International Institute of Health Science, Open International University for Alternative Medicine dan juga Positive Life Foundation yang terbukti dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan Aura positif seseorang selain dari digunakan secara meluas bagi wanita dan juga lelaki sebagai produk kecantikan.
Aura Seri dihasilkan dengan gabungan 7 jenis minyak pati bunga yang diekstrak secara semulajadi yang mewakili 7 warna dan frekuensi yang dipertenagakan dengan butiran Kristal terpilih, garam Kristal bermutu tinggi, tenaga bunga emas dan juga tenaga alam semesta.
 

4- Zalalnudin Latipi








SEBAGAI seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual spesies ikan terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana.

Demi minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah.

Ikan kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada mereka yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan.

Harganya mampu mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di negara ini yang dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya. Namun Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya.

"Dulu saya hanya bela ikan ini di rumah dan saya ada tujuh akuarium di rumah untuk mengisi ikan-ikan ini.

"Namun pada tahun 2005 saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai seorang saintis kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan menjual ikan kelisa," katanya.

Mohd. Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga mendapat permintaan daripada orang Melayu.

"Selain orang Cina, orang Melayu juga menunjukkan minat terhadap ikan ini dan sanggup membelinya walaupun pada harga yang mahal.

"Mereka yang datang ke kedai ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata mahu melihat kecantikan dan kelicikan ikan kelisa," katanya.
Menyentuh penjagaan ikan kelisa, beliau memberitahu, tidak susah untuk membelanya tetapi perlu memastikan air yang digunakan dicampurkan dengan ubat antiklorin.

"Antiklorin perlu dicampurkan mengikut sukatan yang ditetapkan selain memberi makanan kepada ikan mengikut waktu.

"Ikan ini kebiasaannya makan sejenis ulat yang banyak dijual di pasaran. Lipas dan cengkerik juga boleh diberi tapi lebih baik beli sahaja di pasaran kerana ditakuti serangga ini membawa racun dan mati jika memakannya," katanya.

Jelasnya, bagi memenuhi permintaan ikan kelisa di kedainya itu, beliau telah membeli dua buah kolam ikan kelisa di Bukit Merah, Perak.

"Kebanyakan ikan-ikan yang ada di kedai di bawa dari sana dan kita akan pilih ikan-ikan terbaik sebelum dipamerkan di kedai bagi menarik minat orang ramai," katanya.

Di kedainya terdapat lebih 200 ekor ikan kelisa pelbagai variasi seperti Malaysia Gold Cross Back Golden Arowana, Malaysia Super Red Arowana, Indonesia Chili Red dan sebagainya .Lebih istimewa, harga ikan kelisa semakin meningkat jika ikan itu kian membesar.

"Bagi saya ikan ini memang membawa tuah kepada pemiliknya.

"Ikan ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara penjagaan ikan kelisa mereka boleh datang terus ke kedai saya," katanya.

Bagi mereka yang ingin melihat ikan-ikan yang dijual di kedai Mohd. Zalalnudin, kedainya itu terletak di Star Arowana World di Jalan Seberang Perak, Alor Setar.
 

5- Ainil Hawa Sazali






 
 
TIDAK perlu bersusah payah pergi ke butik atau pasar raya untuk mendapatkan tudung pilihan kerana semuanya kini di hujung jari. Bayangkan sambil berehat di rumah, anda sudah boleh membuat pembelian tudung diingini dengan melayari kedai-kedai online melalui telefon pintar.

Antara butik dalam talian yang meriah pengikut di kalangan penggemar tudung ialah Qaira Hijab.
Perniagaan tudung menerusi Internet ini diusahakan oleh Ainil Hawa Sazali, 27, yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti swasta di Selangor.

Sebagai butik dalam talian, Qaira Hijab ini telah beroperasi di laman sosial facebook dan blog qairashijab.blogspot.com sejak dua tahun lalu.
"Menariknya mengenai koleksi Qaira Hijab ini ialah tudung yang dijual mengikut cita rasa wanita moden pada masa kini serta sangat sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan umur.

"Selain itu mutu kain tudung yang berkualiti menyebabkan pelanggan sentiasa tertunggu-tunggu koleksi terbaru kami," ujar Ainil Hawa selaku pemilik dan penentu rekaan tudung bagi Qaira Hijab.
Ainil yang hadir ke studio ditemani adiknya, Izzati mengakui sentiasa mengemas kini Facebook Qaira Hijab dan akan memuat naik koleksi tudung terbaru pada setiap minggu bagi menampilkan rekaan dan corak terbaru yang selari dengan peredaran masa. "Antara corak terkini yang laris di pasaran adalah tudung benang kapas , tudung sutera Thai dengan sulaman bunga, selendang sifon dan tudung fabrik denim.
" Namun keistimewaan koleksi Qaira Hijab ialah pada bahagian hadapan tudung (awning) yang lebih mudah dijaga termasuk jika dicuci dalam mesin basuh.

"Biarpun tidak menggunakan pelapik keras bagi membentuk awning, tudung tetap cantik terletak.
"Sementara itu, wanita yang mempunyai raut muka yang agak lebar juga tidak perlu berasa bimbang mengenai kesesuaian wajah kerana pemakaian tudung tersebut akan menampakkan muka lebih tirus," jelasnya. Selain itu, penjelasan yang terperinci mengenai saiz, warna dan harga tudung boleh didapati pada setiap gambar produk sekali gus memudahkan lagi urusan jual beli secara Internet.
Pelanggan hanya perlu memilih rekaan tudung yang diminati dan segala urusan tempahan tudung dan pertanyaan akan dibuat melalui e-mel.

Urusan pembayaran pula boleh dibuat melalui perbankan Internet dan tempahan yang dibuat akan dihantar melalui Pos Laju Malaysia.
"Pelanggan akan mendapat tempahan mereka dalam tempoh satu hingga dua hari daripada tarikh pembayaran," katanya.
 

6- Nok Akmar Hanif






 
 





Berpegang kepada prinsip tidak mudah mengaku kalah, sentiasa berusaha, bersemangat tinggi dan bersikap positif walau diuji pelbagai cabaran memberi hasil positif kepada pasangan dua beradik ini.

Kedua-duanya mempunyai latar belakang akademik berbeza, tetapi ia bukan halangan untuk Nor Akmar Hanif, 34, dan Aida Nurlin Hanif, 31, berjaya dalam bidang saham amanah dan insurans.

Walaupun bermula daripada sifar tetapi hasil daripada berpegang teguh dengan prinsip yang telah ditetapkan membolehkan mereka meraih pelaburan bernilai jutaan ringgit pada usia 20-an lagi.

Kini, Nor Akmar dan Aida Nurlin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Platinum Wealth Advisor menerusi jenama Amazing Millionaire Sisters dan disokong sepenuhnya oleh sebuah bank terkemuka.

Nor Akmar berkata, sejak kecil lagi beliau berminat untuk menjadi ahli perniagaan berjaya kerana ingin berdikari, selain suka akan cabaran baru.

“Saya pernah bekerja namun hanya bertahan tiga bulan kerana enggan terikat dengan peraturan yang merimaskan seterusnya menceburi bidang perniagaan. Saya mahu bekerja mengikut masa dengan jumlah pendapatan yang ditentukan saya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pemegang ijazah kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat di Institut Sains dan Teknologi Universiti Manchester di Britain pada 1999 ini memulakan perniagaan pada usia 23 tahun.

Kemampuannya mengurus dan mengendalikan jualan pelaburan turut meletakkan dirinya sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di sebuah institusi kewangan terbesar di negara ini.

Malah, beliau mampu memperoleh pendapatan lima angka atau sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan sewaktu berumur 26 tahun.

“Pelaburan seperti ini cuma perlukan modal yang kecil tetapi mampu menjana pendapatan di luar imaginasi kita,” jelasnya

Bekerja sambil belajar

Nor Akmar turut berjaya membuka agensinya sendiri pada usia 25 tahun. Tiga tahun kemudian, pada usia 28 tahun, beliau mampu melahirkan sebanyak 10 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS).
Pencapaian terbesarnya ialah sebagai Ketua Pengurus kumpulan Master Builder iaitu anugerah yang dimenanginya empat kali berturut-turut.
Anugerah lain ialah Brand Ambassador, Group Agency Manager Platinum, Top GAM, Master Recruiter, Million Sales Achiever, Million Dollar Round Table, Anugerah Usahawan Muda Universiti Malaya dan terbaru terpilih sebagai Ikon Belia Negara.
“Mempunyai semangat kental dan bermotivasi tinggi menjadi prinsip utama untuk berjaya. Selain itu, sikap mudah belajar, ada semangat berterusan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam juga amat penting,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.
Berkat kesungguhannya itu, maka tidak hairanlah jika wanita bujang ini berjaya memiliki sebuah Ferarri model California yang dibelinya hasil daripada titik peluh sendiri.
Bagi Aida Nurlin atau lebih mesra disapa sebagai Elynn berkata, prinsip utamanya adalah setiap satu-satu pekerjaan mestilah dibuat sehingga sempurna dan berjaya.
Beliau yang mengikut jejak kakaknya, memulakan perniagaan ketika masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Aktuari.
Menurutnya, walaupun terpaksa bergelut masa antara belajar dan kerjaya sebagai perunding kewangan, beliau tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik seterusnya membina kejayaan dalam hidup.
“Untuk maju dalam perniagaan, anda perlu tanam dalam diri bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dicapai. Jika kita tahu cara berniaga yang betul dan sanggup bekerja keras, insya-Allah kejayaan akan datang kepada kita,” jelasnya.

Tanam impian

Penglibatan dalam bidang perniagaan sejak masih menuntut, Elynn mengakui itu membuatkannya menjadi lebih kuat bekerja dan berdisiplin.
“Fokus dalam melakukan apa saja tugasan adalah penting,” tegasnya.
Seperti kakaknya, Elynn juga banyak menerima anugerah dan pencapaian, termasuk Group Agency Manager Platinin, Master Builder Award, Master Recruiter dan Million Dollar Round Table.
Sementara itu, dua beradik ini boleh berbangga apabila sudah menerima lebih 100 anugerah pengiktirafan berikutan prestasi mereka yang cemerlang sebagai perunding saham amanah.
“Kini, kami semakin aktif membuat program mengasah bakat bagi melahirkan perunding kewangan berjaya, sekali gus membantu orang lain mengubah diri mereka menjadi lebih baik. Apa yang lebih membahagiakan, kami dapat melihat orang bawahan yang kami didik berjaya seperti kami,” kata Nor Akmar dan Elynn sambil tersenyum.
Sebagai agenda masa hadapan, kedua-duanya menanam impian untuk mencipta nama dalam bidang insurans bagi mengharumkan nama negara di mata dunia dengan mencapai Top of the Table (TOT), iaitupenganugerahan di peringkat antarabangsa.
“Penganugerahan itu belum lagi dicapai oleh mana-mana rakyat Malaysia sekali pun bidang berkenaan sudah bertapak 60 tahun di Malaysia. Justeru, kami mahu menyahut cabaran untuk menjadi yang pertama menerimanya,” kata Nor Akmar.


 7- Azizuzanadi Zainuddin






 
 





KETIKA penulis tiba di kediamannya di Kampung Hayat, Simpang Pelangai, terletak kira-kira 46 km dari Bentong, beliau sedang bertukang di kandang kambingnya.
"Beginilah kalau kerja sendirian, semua kena buat sendiri," kata Azizuzanadi Zainuddin, 39, sambil mengetuk papan untuk dijadikan bekas makanan kambing-kambing baka Feral dari Australia.
Berbanding kambing lain yang begitu riuh mengembek, kambing-kambing Australia ini berkumpul di satu sudut ketika Azizuzanadi atau lebih mesra dengan panggilan Among, membuat kerja tukangannya.
"Kambing-kambing Australia ini baru saya dapat beberapa hari lalu, mungkin mereka tak biasa lagi dengan kandang ini, itu sebab mereka diam sahaja," kata Among berseloroh.
Kandang kambing dua tingkat itu siap dibina Mac 2008. Kos membina kandang mencecah RM90,000 dan sebahagian besar wang diperoleh daripada pinjaman Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan bantuan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan Pelangai).
Di bahagian bawah kandang terdapat stor menyimpan makanan, peralatan dan keperluan.
Di lantai bawah itu juga Hadi membakar rumput kering yang menghasilkan asap untuk menghalau agas dan nyamuk.
Tahi kambing turut dikumpul di lantai bawah dan dibakar untuk dijadikan baja.
Di bahagian atas terdapat beberapa petak kandang yang mengasingkan kambing ternakan mengikut jenis, saiz dan umur.

PENDIDIKAN TINGGI

Mendengar sketsa liku-liku kehidupan penternak muda ini, anak seorang pesara tentera, menunjukkan beliau bukan calang-calang orangnya dari segi pencapaian akademik.
Beliau bersekolah agama dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Tamat tingkatan lima, beliau memilih menyambung pelajaran di sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat Al-Nadhah, Kota Sarang Semut, Kedah selama dua tahun.
Meskipun mendapat peluang untuk ke Universiti Al Azhar, Hadi memilih untuk ke sekolah Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah dan belajar selama tiga tahun lagi.
Tamat belajar di sekolah pondok, beliau pulang ke kampung halamannya dan membuat kerja kampung selama dua tahun termasuk menoreh getah di kebun datuk dan neneknya serta menanam pisang.
Meskipun bersekolah agama dan pondok, anak muda ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis pada 1992 dalam bidang pengajian perniagaan.


Tamat belajar di UiTM, beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan di Northwood University, Midland, Michigan atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Tamat pengajian peringkat ijazah, beliau tidak terus kembali ke tanah air. Anak perantau ini tidak mahu melepaskan peluang menggali pengalaman bekerja di negara asing.
Beliau bukan setakat melakukan dua kerja tetapi juga menyambung pengajian di peringkat sarjana, dengan belanja sendiri, bukan satu tetapi tiga, iaitu Masters in Information System, Masters in International Business dan Masters in Risk Management.
Beliau mengikuti pengajian ketigatiga ijazah sarjana itu di Universiti Concordia, Mequon, Wisconsin.
Tamat pengajian ijazah sarjana, Hadi tinggal beberapa tahun lagi di Amerika dan memulakan perniagaan pengedaran kebanyakannya produk Industri Kecil dan Sederhana (IKs) Malaysia serta produk etnik Asia da Mexico.
"Saya menyewa sebuah gudang di Greendale, Wisconsin untuk perniagaan saya ini. Sambutan untuk produk Malaysia dan Asia memang bagus tetapi yang mengecewakan saya ialah bila saya dapat tawaran membekal sos masam manis dalam kuantiti yang besar untuk Walmart, rangkaian pasaran yang hebat di Amerika, tak ada pihak di tanah air yang sanggup membekalkan saya produk berkenaan," keluh Among.

USAHAWAN TANI

Setelah hampir 10 tahun di perantauan, Among kembali ke tanah air pada April 2007.
"Kalau makan gaji, kita yang lelah bekerja tetapi orang lain yang mengecap kejayaannya," jelas beliau.
Among mahu menjadi usahawan dan memilih untuk meneroka bidang pertanian di sebalik tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dari sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan.
"Semasa belajar di Amerika, saya berpeluang melawat banyak ladang lembu dan jagung. Saya juga pernah bekerja sambilan di ladang dan saya melihat sendiri betapa majunya peladang-peladang di negara itu. Saya diberitahu kerajaan mereka banyak membantu dan memasarkan produk yang dihasilkan.
"Sememangnya jika dibandingkan dengan industri pertanian di tanah air, kita masih jauh ketinggalan. Di situlah datang tekad untuk saya jadikan bidang pertanian sebagai karier saya," jelas Among.
Sekembalinya ke tanah air, Among tidak membuang masa dan mengikuti pelbagai kursus termasuk anjuran Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (Medec), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Perikanan Malaysia.
Antara kursus yang disertainya ialah kursus ternakan ikan dalam sangkar, kursus membuat makanan ternakan, kursus pembenihan ikan, kursus penyakit ternakan kambing dan kursus ternakan kambing peringkat ladang.
"Habis sahaja kursus ternakan ikan, saya buat dulu ternakan kambing pada Disember 2007. Saya beli 20 ekor kambing dari sebuah ladang di Nilai, Negeri Sembilan yang terpaksa gulung tikar. Saya belanja lebih RM5,000 untuk beli kambingkambing ini," kata Among dengan menambah beliau kemudian membeli 39 ekor lagi kambing dengan kos kira-kira RM15,000.
Pada peringkat awal, Among menempatkan kambingkambingnya di tanah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Lembah Jaya, kirakira 5 km dari rumahnya.
Rutin kerjanya bermula selepas subuh termasuk menyabit rumput untuk makanan kambing-kambingnya.
"Usaha awal saya berjaya, kambing membiak dan gemuk-gemuk. Saya mendapat bantuan emak dan pakcik saya serta adiknya. Cuma bila pindah ke kandang baru, tidak jauh dari kandang asal, kambing banyak mati. Kini saya memindahkan kesemua kambing yang ada di kandang yang baru berhampiran rumah emak saya. Makanan yang diberi sama, mungkin tapak kandang tak serasi," katanya.


8- Rashidah Bt Rahman

 





NAMA: PN.RASHIDAH BT RAHMAN

NAMA SYARIKAT: SHIDAWIE ENTERPRISE


JENIS PERUSAHAAN: PEMBUATAN KEK LAPIS NANAS DAN KEK KUKUS BUAH-BUAHAN (HALWA NANAS)

KELULUSAN/BIDANG/INSTITUSI:

i) KEJURUTERAAN ELEKTRIK JANGKAWAS DAN KAWALAN (POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH)

ii) INTERNATIONAL DIPLOMA IN COMPUTER STUDIES
KOLEJ INFORMATICS, JOHOR BHARU

NILAI JUALAN TAHUNAN: RM 600,000.00( 50,000.00 / BULAN)


PEMASARAN: PRODUK DIPASARKAN DI SEMUA CAWANGAN HPS HALAL MART IAITU SEBANYAK 180 CAWANGAN DI SELURUH MALAYSIA DAN BEBERAPA KIOSK DI TESC0 SERI ALAM, TESCO CHENG, MELAKA MALL, WESTERN DIGITAL MEDIA PASIR GUDANG DAN FRESCO CAWANGAN JASIN. PRODUK JUGA DIHANTAR DI SELURUH 100 CAWANGAN SATINNI CORPORATION.

ANUGERAH: MENDAPAT PENGIKTIRAFAN “REKABENTUK TERBAIK” KETEGORI PRODUK BAKERI BAGI SELURUH MALAYSIA.

AGENSI PEMBIMBING: LPNM, JABATAN PERTANIAN

 
PENDAPAT/LUAHAN ISI HATI:
Kejayaan bukanlah mudah untuk dicapai, sebaliknya usaha yang berterusan bagi pastikan kejayaan terus dalam gengaman. Usahawan mestilah ada sikap yang positif, akhlak yang baik, senantiasa mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan yang sangat penting adalah tanggungjawab kita sebagai pengeluar produk HALAL. Produk HALAL dan Toyibban adalah wajib bagi saya memastikan produk yang dikeluarkan suci, bersih dan selamat dimakan. Saya berazam dan bertekad untuk terus mengeluarkan produk HALAL untuk seluruh umat Islam khasnya dan seluruh rakyat malaysia dan dunia, insyallah.
Pada awalnya pengeluaran produk kek lapis dipengaruhi oleh Kek Lapis Indonesia yang jauh harganya lebih murah. Begitu juga dengan Kek Lapis Sarawak yang mempunyai corak dan warna- warni yang sangat menarik. Oleh itu Shidawie telah menjalankan kajian pasaran dan produk supaya selari dengan permintaan dan kehendak pelanggan masa kini. Akhirnya shidawie mengeluarkan produk kek lapis yang berbeza dari segi bahan mentah, warna dan pembungkusan bagi mencipta kelainan. Kek Lapis Shidawie menggunakan pembungkusan yang menarik dan kualiti bagi membolehkan kek lapis tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan rasa produk tersebut terus kekal seperti selepas baru dibakar. Bahan mentah yang digunakan adalah bahan mentah yang berkualiti dan sihat dimakan, misalnya pewarna yang digunakan lebih asli dan kadar penggunaan yang sedikit sahaja. Penggunaan gula juga dikurangkan bagi memberi ruang kepada semua golongan menikmatinya disamping penjagaan kesihatan kita terus dipelihara. Buah-buahan digunakan seprti buah prune, roselle, kismis dan sebagainya yang mempunyai kelebihan tersendiri. Telor yang digunakan juga telah dibersihkan sebelum menggunakannya.
Walaupun pada mulanya pelanggan selalu keliru kek lapis keluaran kami dengan jenis kek lapis Indonesia dan Sarawak, Shidawie senantiasa berusaha memaklumkan kepada pelanggan dengan kelebihan produk kami. Akhirnya produk Shidawie dapat diterima dengan promosi berterusan dan bahan promosi yang diberikan kepada pelanggan.

Cabaran utama Shidawie adalah kapasiti pengeluaran yang terhad dengan penggunaan mesin separa automatik. Oleh itu Shidawie telah bertekad untuk membeli mesin pengeluaran yang lebih tinggi dan kos yang lebih murah supaya dapat memenuhi permintaan dalam dan Luar Negara. Persijilanan GMP, HACCP dan ISO adalah sangat penting untuk dimiliki bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk disamping sistem pengurusan yang baik.

Akhir kata Shidawie berharap dapat meneruskan perniagaan ini dengan jayanya disamping dapat terus berjuang mengeluarkan dan memasarkan produk HALAL di arena Global yang sangat tinggi permintaannya. Cita-cita untuk terus mengeluarkan produk HALAL akan diteruskan sehingga berjaya. 

 

9-  Nabil Sanusi


 

CENDAWAN kini mendapat permintaan tinggi di seluruh negara. Menurut beberapa pengusaha cendawan yang ditemui, antara pelanggan utama mereka ialah pengusaha restoran tomyam.

Selain menjadi ramuan dalam masakan popular Thai itu, cendawan juga sedap digoreng setelah disalut dengan tepung. Tidak hairanlah, lading cendawan kini menjadi pilihan golongan pengusaha. Selain itu, kemudahan dan sokongan daripada kerajaan turut menjadi factor utama merancakkan perusahaan cendawan.

 
Begitu juga halnya dengan pemilik Nas Agro Farm, Nabil Sanusi. Katanya, dia memilih mengusahakan ladang cendawan kerana melihatkan potensinya yang besar walaupun mempunyai perniagaan lain yang membabitkan pengangkutan.

.
Idea mengusahakan cendawan ini bermula daripada isteri saya yang berminat dalam bidang pertanian,"katanya.

..
Menurut beliau, isterinya Surina Saad, 38, sanggup berhenti kerja sebagai akauntan sebuah syarikat perakaunan di Shah Alam. Justeru, seiring dengan sokongan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nabil kemudiannya yakin dengan keputusannya untuk membuka ladang cendawan. Krisis kegawatan ekonomi 1998 memberi banyak pengajaran kepada saya dalam menghadapi dunia perniagaan. Saya melihatkan perniagaan dalam bidang pertanian tidak menerima kesan kegawatan, inilah yang membuatkan saya berani menanggung risiko untuk mempelbagaikan jenis perniagaan yang saya usahakan,"katanya.
..
Menurut Nabil, ladang cendawan miliknya seluas 0.5 hektar diusahakan di atas tanah milik keluarga di Sepang.Bagi mewujudkan kelainan, ladang ini diubah suai menjadi lokasi tanaman cendawan berdaya saing berkonsepkan taman,"katanya. Beliau yang mempunyai Ijazah Perakauan United Kingdom berkata, isterinya banyak memberi idea dan nasihat serta menjadi tulang belakang projek penanaman cendawan yang diusahakannya.
.
Disebabkan saya mempunyai tugasan lain, kebanyakan urusan ladang dijalankan oleh isteri namun saya masih meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali sehari menjenguk keadaan di ladang bersamanya. Walaupun tanaman cendawan agak sukar untuk dijaga disebabkan sifatnya yang sensitive dan mudah dijangkiti penyakit, saya tetapkan tekad meneruskan perniagaan ini berkat dorongan daripada isteri dan keluarga,"katanya.
..
Menurutnya, penanaman cendawan memerlukan ruang yang berbumbung bagi memastikannya tidak terdedah kepada hujan dan pencahayaan matahari melampau selain memerlukan kelembapan serta suhu yang sesuai bagi membolehkan sporanya membiak dengan lebih pantas dan subur.
..
Kata Nabil, disebabkan sifat cendawan yang sensitive, penjagaannya memerlukan ketelitian ditambah persekitaran bersih supaya cendawan ini tidak menghidap penyakit yang boleh memudaratkan.
 

10- Jassleen


BERMULA secara kecil-kecilan sebagai perniagaan keluarga dari sebuah rumah di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, 40 tahun lalu, Kumpulan Euro Moda dan Gulati's (EMG) sekarang merupakan salah sebuah gedung tekstil terkemuka yang menjadi tumpuan masyarakat seluruh negara, khususnya bila tiba musim perayaan mahupun perkahwinan. Berkat ketekunan dan kerja keras, perniagaan EMG kini berkembang sehingga berjaya membuka 14 buah gedung di seluruh tanah air, termasuk tiga buah di Jalan Tunku Abdul Rahman, di ibu negara.
Pandangan jauh setiap ahli keluarga yang terbabit sama dalam bidang ini membolehkan EMG mencapai statusnya sebagai Raja Sutera setelah berjaya memperkenalkan pemakaian sutera secara berleluasa dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Pengurus Eksekutifnya Jasleen Kaur berkata, perniagaan keluarganya dimulakan oleh ibu mertuanya, Kirpal Kaur Gulati secara kecil-kecilan di sebuah bilik kecil di rumah mereka.

“Kedai tekstil pertama Gulati's di buka 25 tahun lalu. Kini di Jalan Tunku Abdul Rahman sahaja terdapat tiga gedung dan 11 buah lagi di seluruh negara,” kata Jasleen ketika menyingkap sejarah perkembangan perniagaan itu.

“Pada mulanya kedai-kedai kami di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur hanya dikenali sebagai Gulati's. Kami pula mula menjual kain-kain berjenama dari negara-negara Eropah selepas penubuhan rangkaian Euro Moda,” ujar Jasleen.

Menurutnya, pernigaan EMG mula berkembang dengan pesat ke seluruh negara hanya 12 tahun lalu apabila gedung pertama Euro Moda dibuka dengan memberi penekanan kepada kain-kain yang diimport dari negara-negara Eropah seperti Perancis dan Itali, selain menjual pelbagai jenis kain dari India dan Korea Selatan.

Gedung-gedung baru di bawah jenama ini mula berkembang dan menjadi sebutan banyak pihak sebahagian besarnya kerana menawarkan pelbagai corak dan warna kain sutera yang menarik dan bermutu tinggi setelah suami Jasleen, Pavitar Singh Gulati giat menjelajah Eropah untuk menempah dan membeli kain-kain berjenama tersebut dari Itali dan Perancis selain Korea Selatan pada sekitar 1990-an.

“Kami mahu memenuhi cita rasa dan kehendak pelanggan kami yang inginkan kain sutera berjenama berkualiti tinggi seperti Ungaro dari Itali. Pada masa yang sama kami juga tidak lupakan para pelanggan yang mahukan jenis kain sutera yang harganya sederhana dan jenis yang boleh dicuci (washable silk) dari Korea Selatan.

“Sejak itu jugalah EMG mula dikenali sebagai ‘Raja Kain Sutera’ kerana menjual pelbagai jenis kain sutera.

“Pelanggan kami datang dari seluruh negara dan kami ingin memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka dengan membuka kedai EMG berhampiran mereka.

“Selain itu, kami juga memenuhi cita rasa pelanggan kami dengan memberikan pelbagai pilihan kain. EMG memiliki kumpulan pereka sendiri untuk mereka corak-corak mengikut cita rasa rakyat tempatan.

“Kami kemudiannya meminta pembekal tekstil kami di Korea Selatan dan India untuk mengeluarkan kain-kain mengikut corak yang kami cipta dalam kuantiti yang besar,” jelas ibu kepada empat orang cahaya mata itu.

Jasleen yang berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang sains mula berjinak-jinak dalam perniagaan ini selepas berkahwin dengan suaminya Pavitar Singh Gulati 12 tahun lalu.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai tekstil pada masa itu dan mengikuti kelas-kelas akaun secara sambilan untuk belajar mengenai selok-belok dunia perniagaan.

“Ketika itu saya terpaksa menguruskan bahagian sumber manusia, perhubungan komunikasi, perakaunan dan belajar perniagaan tekstil, semuanya secara serentak. Manakala suami pula sibuk menguruskan hal-hal membeli kain-kain secara pukal dari India, Korea Selatan dan di negara-negara Eropah.

“Bukan mudah bagi kami pada mulanya tetapi lama-kelamaan saya dapat menguasainya dan kini saya merupakan seorang ibu berkerja yang sangat sibuk,” kata Jasleen.

Sementara itu, menurut Jasleen ibu mertuanya, Kirpal Kaur akan meninjau keadaan di kedai-kedai mereka dari masa ke masa dan akan memberi idea dan tunjuk ajar kepadanya untuk memperbaiki mutu perkhidmatan perniagaan keluarga.

Hasil kegigihannya itu beliau telah dipilih untuk memenangi Anugerah Keushawanan Ernst And Young di bawah kategori wanita pada 15 Disember lalu.

“Apa yang membezakan kami dengan pesaing-pesaing kami adalah mereka menjual kain-kain yang direka oleh pengeluar-pengeluuar tekstil.

“Tetapi kami di EMG, melangkah setapak lagi kehadapan kerana kami membuat kajian dan mencipta rekaan-rekaan yang lebih sesuai dengan cita rasa masyarakat tempatan selain menjual kain-kain yang dijual kain sedia ada,” ujar Jasleen.