1- LEE PEMILIK 99SPEEDMART
Beliau
memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011). Lee
berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan
hilang fungsi kakinya.Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang
penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak. Mereka cuma mampu
menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.
Untuk
menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam
dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
”
Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak mengaji saya yang
mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee
memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai
runcit.
Beliau
telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada
hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu. Kejayaan
ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai
serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada
Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.
2- TENGKU ARMAN HARRIS TENGKU ISMAIL PENGUSAHA BATIK
Bagi
Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan
ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan
membuat batik sutera di Terengganu. Mengimbas pengalamannya dalam industri
pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di
Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama
beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri.
Menurut
ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan,
Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum
membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di
sini.
Zaiton,
yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya
dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran
rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan
bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman
untuk mengembangkan perusahaannya.
Beliau
berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman
memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan
perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh
yang singkat.
Atas
usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai
batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh diknya.
Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik sutera dengan dua kaedah iaitu
melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang.
3- ZAMRI MANSOR KONTRAKTOR KELAS F BERJAYA
Zamri Mansor Tulang pinggangnya patah dan kedua-dua kakinya lumpuh sejak berusia 16
tahun.Namun, kecacatan fizikal tersebut bukan menjadi penghalang buat Zamri
Mansor, 38, dari Kampung Pantai Halban, Jitra, untuk berdikari.Zamri kini mula
mencipta nama sebagai seorang kontraktor kelas F berjaya di negeri
ini.
"Saya
tidak mudah putus asa, malah meneruskan kehidupan seharian seperti orang biasa.
Cuma sekarang sibuk sedikit kerana mengawasi 30 pekerja termasuk sebahagian
besar OKU di bawah syarikat penyelenggaraan milik saya iaitu Hangaku Selenggara
Enterprise," katanya pada majlis sambutan Hari OKU peringkat negeri di sini
semalam.Pada majlis itu, Zamri dinobatkan sebagai Usahawan OKU Cemerlang Negeri
Kedah 2010.Turut dinobatkan sebagai Usahawan OKU Wanita Cemerlang Negeri Kedah
ialah tukang jahit, Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, dekat
Sungai Petani.Kedua-dua mereka menerima hadiah daripada Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Enau Edin Nom.Mengimbas
kembali pengalamannya, Zamri berkata, ketika belajar di tingkatan empat di Kolej
Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, 22 tahun lalu, beliau terlibat dalam satu
kemalangan menyebabkan tulang pinggangnya patah dan kemudian kedua-dua kakinya
lumpuh sehingga terpaksa berhenti sekolah.Namun, beliau masih gigih untuk
belajar dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara
bersendirian pada 2000.
Katanya,
kejayaan tersebut kemudian membolehkannya menjejakkan kaki ke Universiti
Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dan belajar selama setahun dalam bidang
perundangan."Namun saya terpaksa menangguhkan pengajian atas sebab peribadi,"
katanya.Selepas itu jelasnya, beliau pulang ke kampungnya di Jitra dan menjadi
peraih udang dengan modal RM50.Selama dua tahun jelasnya, beliau menjual udang
segar yang dibeli terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah
dengan berulang-alik setiap hari menunggang motosikal yang diubahsuai untuk
golongan OKU.Kata Zamri, beliau kemudian mendapat peluang menjalankan kerja
membina laluan khas untuk OKU dan sebagainya di pejabat-pejabat kerajaan daerah
Kubang Pasu selaku subkontraktor dari 2004 hingga 2007.Berbekalkan pengalaman
itu, jelasnya, beliau mendaftar sebagai kontraktor Kelas F dengan Pusat Khidmat
Kontraktor menggunakan nama syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008.
4- PUAN MASITAH YONG
Seorang
wanita kurang upaya ( buta ) dari Klang Selangor mampu mencipta kejayaan dalam
HR dan setakat ini telah melahirkan seorang DD di bawah rangkaiannya. Atas
kemahuan yang tinggi dan percaya kepada diri sendiri serta peluang dalam HR
beliau tidak pernah berputus asa walau pun banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Melalui program seminar dan kursus anjuran Aura Sukses beliau mendapat didikan
dan motivasi untuk terus berusaha menjadi wanita kurang upaya yang cemerlang
seperti mereka yang sempurna anggota
tubuh.. Hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih, orang berjaya mencari cara. Orang gagal mencari alasan, maka
marilah kita bersama mencipta kejayaan luar biasa bersama HR.
Siapa
kata golongan OKU tidak blh berjaya di dalam bidang perniagaan ? Inilah kisah yg
terjadi kpd Mashitah Yong bt Abdullah 41 tahun. Beliau adalah golongan OKU yg
telah berjaya menjana pendapatan hingga rm2000+++ sebulan setelah hampir setahun
bersama HR Marketing Sdn Bhd.
Dengan
pendapatan yg diperolehi sekarang, beliau mampu menyara 2 orang anak OKU.
Dahulunya beliau pernah menceburi perniagaan lain ttp tidak berjaya sehinggalah
bertemu HR Marketing. Bersama HR M, beliau begitu mementingkan kejayaan ahli
dibawahnya dan gigih membantu mereka hingga telah berjaya melahirkan 2 orang
Diamond Director (pangkat tertinggi) didalam perniagaan ini.
Dengan
menjalankan perniagaan ini, beliau dgn mudah dapat menyara keluarga beliau dan
perniagaan ini mudah dijalankan walaupun beliau dilahirkan dgn serba kekurangan.
Beliau secara lansung berazam mengubah persepsi masyarakat sekeliling yg
beranggapan golongan OKU hanya mampu mengerjakan perniagaan jual tisu atau
menyanyi dijalanan sahaja ttp beliau tlh membuktikan golongan OKU juga mampu
menjalankan perniagaan lebih dari iyu. Alhamdulillah dgn usaha keras tanpa
mengenal erti penat dan jemu kini beliau tlh berjaya dlm usahanya dan menyeru
masyarakat supaya menceburi bidang perniagaan di HR Marketing Sdn
Bhd.
5- RAZALI ROHANI
Razali
menghasilkan lukisan dengan menggunakan kaki sambil diperhatikan sahabat
karibnya, Muhammad Hafiza Ibrahim, 25 sempena Program Bumi Hijau dan Keceriaan
PDK Batu Rakit.
|
Razali
Rohani, 29 membuktikan tanggapan itu tidak benar. Dilahirkan tanpa kedua-dua
belah tangan namun dia reda malah berusaha gigih mencungkil kelebihan diri untuk
meraih rezeki lumayan.
"Setiap
kekurangan yang ALLAH SWT kurniakan akan ada kelebihan yang hanya kita sendiri
tahu, saya kini mampu hidup mewah dengan hasil jualan lukisan walaupun melukis
dengan menggunakan kaki," katanya.
Berkat
usaha gigih tanpa kalah dengan simpati masyarakat, anak ketiga daripada sepuluh
beradik kini mampu berbangga apabila hasil kreativitinya diiktiraf di peringkat
antarabangsa.
Kata
Razali, dia sendiri tidak pernah mimpi untuk menjual hasil lukisannya sehingga
ke Kanada, namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia ALLAH yang
tentukan.
Anak
kelahiran Kampung Mengabang Lekor ini berkecimpung dalam bidang seni sejak tujuh
tahun lalu setelah menyertai Persatuan Pelukis Mulut dan Kaki di Ampang,
Selangor.
Ternyata
rezekinya mula melimpah apabila lukisan bertemakan corak batik dan pemandangan
amat digemari masyarakat di luar negara.
“Sebagai
OKU, peluang saya tidak banyak, oleh itu mengambil keputusan belajar kemahiran
Pusat Pemulihan OKU Cheras, Selangor.
"Di
sana saya mendalami bidang seni lukis dan komputer, saya ambil masa lima tahun
untuk menamatkan pengajian," katanya.
Kata
Razali, dia bukannya dilahirkan dengan bakat besar dalam bidang lukisan tetapi
mengenangkan tidak banyak dapat dilakukan untuk mengubah nasib diri, dia belajar
melukis.
"Kini
pendapatan saya lebih daripada cukup untuk menampung sara hidup, saya juga
gembira kerana mampu memiliki kereta yang telah diubahsuai untuk golongan
seperti saya," katanya ketika ditemui pada Program Bumi Hijau dalam PDK Batu
Rakit.
Menurutnya,
lukisan yang dihasilkan bersaiz A3 mampu disiapkan dalam masa tiga hingga empat
hari sebelum dihantar ke Kanada.
“Saya
gembira dengan kerjaya ini kerana mampu membuktikan OKU juga boleh berjaya
seperti juga mereka yang normal,” katanya.
Dia
harap kejayaan yang dicapai mampu memberi inspirasi kepada OKU lain untuk
berjaya dalam hidup dan tidak hanya bergantung kepada bantuan.
6- AHMAD RAMLI
Kehilangan
tangan kanan akibat kemalangan di tempat kerja pada 2003 tidak melemahkan
semangat Ahmad Ramli, 41, dari Felda Sungai Kemahal, Jerantut untuk berdikari
dengan mengusahakan penternakan lembu bagi menampung kehidupan
keluarganya.
Tragedi
yang menyebabkan sebahagian tangan kanannya hancur akibat digilis mesin ketika
bekerja di sebuah kilang percetakan di Batu Caves menyebabkan dunia kehidupannya
berubah daripada insan normal menjadi Orang Kurang Upaya (OKU).
Kini,
Ahmad yang memiliki 40 lembu serta dua pekerja OKU juga berhasrat menambahkan
lagi jumlah ternakannya menerusi peruntukan geran RM70,000 yang diterima
daripada Skim Bantuan Perniagaan OKU Peringkat Negeri.
Dia
antara 12 penerima geran dari seluruh negeri ini yang terpilih menerusi Jabatan
Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.
Menurutnya,
dia terharu kerana penantiannya berbaloi dan mula memohon sejak 2008 dan
menghargai usaha kerajaan yang membantu golongan sepertinya.
“Syukur
kepada ALLAH SWT kerana saya sendiri tidak sangka terpilih dan peruntukan geran
ini membantu mengurangkan beban dan memudahkan usaha saya.
“Saya
bercadang menambahkan jumlah ternakan selain mempelbagaikan lagi usaha seperti
menambahkan baka, menghasilkan dedak sendiri dan menanam anak benih untuk
meningkatkan lagi pendapatan,” kata bapa kepada empat anak itu.
7- TUAN MAN TUAN WEH
KOTA
BHARU - Biarpun kudung kedua-dua tangan dan kaki tetapi ia tidak menjadi
halangan bagi Tuan Man Tuan Weh, 50, untuk mengejar cita-citanya menjadi pakar
motivasi suatu hari nanti.
Sehubungan
itu, bapa kepada tiga anak itu nekad untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat
ijazah dalam jurusan Kaunseling Psikologi di sebuah universiti swasta di Lundang
di sini. Lebih beruntung bagi Tuan Man apabila isterinya, Rosiah Abdullah, 41,
juga sanggup belajar bersamanya dan sekali gus boleh membantu pergerakannya
serta memberi semangat kepadanya.
Tuan
Man yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Kerja raya Negeri Kelantan
berkata, pernah kecundang pada zaman persekolahan tidak menjadi pematah semangat
kepadanya untuk sekali lagi mencuba bagi mencapai impiannya.
“Walaupun
kelainan upaya, tetapi saya beranggapan pendidikan ini sangat penting dan kali
ini saya akan buktikan dengan semangat yang ada serta berkat keizinan ALLAH SWT
saya boleh berjaya. Selain itu, saya mahu membuka minda tiga anak yang masih
bersekolah ini supaya jangan putus harapan,” katanya ketika ditemui sempena
pendaftaran pelajar baru Open University Malaysia (OUM), di sini.
Tuan
Man berkata, dia berhasrat untuk mencurah baktinya bagi memberi kesedaran kepada
individu yang mempunyai masalah dalam kehidupannya. Pengarah Pusat Pembelajaran
OUM, Datuk Dr Nik Najib Nik Abdul Rahman berkata, Tuan Mat adalah satu-satunya
penuntut istimewa dan beliau bangga dengan kesungguhannya.
8- RUZIMI MOHAMED
Tanpa
sepasang kaki dan tangan kiri, Imi masih mampu cipta sejarah
tersendiri
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Nik Omar Abdul Rahman (kiri) bersama
Timbalan Naib Canselor UTM, Datuk Mohd. Tajudin Ninggal dan Ruzimi Mohamed
melihat motosikal elektrik untuk OKU di UTM Skudai, baru-baru ini.
“SETIAP
manusia diberi hak sama untuk hidup, udara sama untuk dihirup, jumlah putaran
masa sama untuk digunakan mahupun langit sama untuk dijunjung. Mengapa perlu
kita bezakan yang kurang upaya dengan yang sempurna”.
Itu
bicara pertama oleh personaliti pilihan ruangan Helo Kampus kali ini, Ruzimi
Mohamed yang lebih mesra dipanggil Imi di kalangan rakan
sekuliahnya.
Jejaka
berusia 25 tahun itu tidak sesekali melihat kekurangan yang dimilikinya sejak
kecil itu sebagai penghalang untuk mencipta sejarah tersendiri.
Dia
yang hanya dikurniakan sebelah tangan iaitu tangan kanan tanpa sepasang kaki dan
tangan kiri tetap bersyukur dengan kurniaan Allah kerana baginya kekurangan itu
akan dibalas dengan kelebihan yang tidak ternilai.
Menurut
penuntut tahun akhir pengajian sarjana itu, biarpun hanya memiliki sebelah
tangan, dia bersyukur kerana dikurniakan banyak ‘tangan’ dan ‘kaki’ untuk
membantunya dalam setiap segi termasuk pergerakan, pembelajaran dan aktiviti
semasa.
Motivator
sambilan kini boleh berbangga apabila mempunyai dua syarikat dengan sebuah
diusahakan bersama seorang lagi rakannya.
“Syarikat
Imi Creative Solution Sdn. Bhd. menyediakan perniagaan pembangunan laman web,
kursus motivasi dan teknologi maklumat manakala Embroidry Teknologi menyediakan
perkhidmatan jahitan dan sulaman.
“Alhamdulillah,
perniagaan saya berjalan lancar. Kebanyakan pelanggan adalah di kalangan
kakitangan dan penuntut UTM sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini,
hari ini.
Ruzimi
memberitahu, menjadi salah seorang daripada orang kurang upaya (OKU) bukanlah
menjadi kesalahan, apatah lagi malu dengan kecacatan diri sendiri.
Malah,
anak kelahiran Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan itu turut mencipta
motosikal roda tiga berkuasa bateri yang dinamakan Imi Creative Car (ICC) bagi
kegunaan OKU dan warga emas pada masa akan datang.
Projek
yang menelan kos RM25,000 itu dilengkapi aplikasi teknologi hijau iaitu
menggunakan bateri untuk menggerakkannya.
“Kenderaan
yang boleh digunakan warga emas ini tidak mengeluarkan asap dan tidak
menggunakan petrol sebagai sumber bahan api,” katanya.
Katanya,
dia turut bekerjasama dengan Zull Design untuk tujuan modifikasi kenderaan
berkenaan.
9- AFIQAH
9- AFIQAH
AFIQAH
berekspresi menggunakan warna-warna
terang.
|
CAMPURAN
warna gelap dicalitnya secara spontan dan yakin di atas kanvas. Tidak sedikit
pun berasa terganggu dengan kehadiran pengunjung di sisinya, Yuri Azzari, 20,
sebaliknya memberi fokus penuh kepada lukisan di depan mata.
Satu
demi satu garisan yang dicalit itu membentuk imej sepasu bunga. Usaha anak
sulung daripada lima beradik itu sebenarnya layak dipuji.
Lahir
dengan masalah autisme, Yuri Azzari bukan sahaja tidak mensia-siakan bakat
semula jadinya itu, malah dia dilatih untuk menggunakan seni sebagai pengasah
daya kreativitinya.
Bapanya,
Yuri Zaharin, 47, yang ditemui Kosmo! memberitahu, sejak kecil, anaknya telah
menunjukkan petanda-petanda positif terhadap bidang seni lukis.
“Seingat
saya, pada suatu hari ketika Yuri Azzari berusia sekitar dua atau tiga tahun,
kereta kami lalu di hadapan sebuah stesen minyak.
“Sebaik
sahaja kami tiba di rumah, Yuri Azzari lekas mengambil pensel dan melukis imej
penuh stesen minyak itu mengikut kreativitinya. Masa itu, saya dan isteri cukup
terkejut dengan bakatnya itu,” ceritanya tentang anaknya yang juga didiagnosis
dengan masalah hiperaktif itu.
Walaupun
bakat seni Yuri Azzari disedari pada usia muda, Yuri Zaharin berkata, anaknya
baru mula berjinak dalam bidang seni secara serius sejak setahun
lalu.
10- ZAMRI MANSOR
Zamri Mansor Tulang pinggangnya patah dan kedua-dua kakinya lumpuh sejak berusia 16 tahun.Namun, kecacatan fizikal tersebut bukan menjadi penghalang buat Zamri Mansor, 38, dari Kampung Pantai Halban, Jitra, untuk berdikari.Zamri kini mula mencipta nama sebagai seorang kontraktor kelas F berjaya di negeri ini.
"Saya tidak mudah putus asa, malah meneruskan kehidupan seharian seperti orang biasa. Cuma sekarang sibuk sedikit kerana mengawasi 30 pekerja termasuk sebahagian besar OKU di bawah syarikat penyelenggaraan milik saya iaitu Hangaku Selenggara Enterprise," katanya pada majlis sambutan Hari OKU peringkat negeri di sini semalam.Pada majlis itu, Zamri dinobatkan sebagai Usahawan OKU Cemerlang Negeri Kedah 2010.Turut dinobatkan sebagai Usahawan OKU Wanita Cemerlang Negeri Kedah ialah tukang jahit, Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, dekat Sungai Petani.Kedua-dua mereka menerima hadiah daripada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Enau Edin Nom.Mengimbas kembali pengalamannya, Zamri berkata, ketika belajar di tingkatan empat di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, 22 tahun lalu, beliau terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan tulang pinggangnya patah dan kemudian kedua-dua kakinya lumpuh sehingga terpaksa berhenti sekolah.Namun, beliau masih gigih untuk belajar dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara bersendirian pada 2000.
Katanya, kejayaan tersebut kemudian membolehkannya menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dan belajar selama setahun dalam bidang perundangan."Namun saya terpaksa menangguhkan pengajian atas sebab peribadi," katanya.Selepas itu jelasnya, beliau pulang ke kampungnya di Jitra dan menjadi peraih udang dengan modal RM50.Selama dua tahun jelasnya, beliau menjual udang segar yang dibeli terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah dengan berulang-alik setiap hari menunggang motosikal yang diubahsuai untuk golongan OKU.Kata Zamri, beliau kemudian mendapat peluang menjalankan kerja membina laluan khas untuk OKU dan sebagainya di pejabat-pejabat kerajaan daerah Kubang Pasu selaku subkontraktor dari 2004 hingga 2007.Berbekalkan pengalaman itu, jelasnya, beliau mendaftar sebagai kontraktor Kelas F dengan Pusat Khidmat Kontraktor menggunakan nama syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008