Sunday 19 May 2013

10 USAHAWAN JAYA DALAM BIDANG IT

1- TENGKU FARITH RITHAUDDEEN


 
 

Merupakan salah seorang penggerak industri Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Pembabitan beliau di dalam industri IT di Malaysia bermula sejak dari awal tahun 1990.
Merupakan Presiden dan salah seorang pengasas SKALI (Alam Teknokrat Sdn Bhd), beliau bersama tiga rakan-rakan lain iaitu Aimi Aizal, Maznida Mokhtar dan Azmi Ahmad telah menubuhkan SKALI pada tahun 1997.
kerjaya beliau bermula di dalam bidang perbankan di Commerce International Merchant Bankers (CIMB) dan walaupun mempunyai peluang yang cerah mendaki tangga korporat, beliau bertekad memilih untuk menjadi usahawan tekno bersama beberapa rakan-rakannya untuk meredah arus perkembangan ICT negara menerusi SKALI.
Di CIMB beliau memainkan peranan penting di dalam jabatan Kewangan Korporat dan Pemasaran Modal dan mempunyai pengalaman yang luas mengenai penstrukturan korporat dan kewangan.
Melalui pengalamannya di CIMB, beliau telah berjaya membina rangkaian perniagaan yang kukuh dengan beberapa bank pelaburan di Malaysia, para analisis, pelabur modal kapital dan para pelabur, dan terbabit di dalam pembangunan strategik konsultansi korporat untuk Pelabuhan Penang, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan KPJ Healthcare Bhd.
Seterusnya, beliau mengembangkan kerjayanya di Road Builder (M) Holdings Berhad dan bertanggungjawab di dalam pembangunan strategik untuk projek-projek pembinaan dan infrastruktur. Di Road Builder, beliau memainkan peranan penting dalam mendapatkan beberapa projek-projek penswastaan yang berkaitan pembinaan dan infrastruktur.
Tengku Farith juga pernah mengetuai sebuah syarikat pengeluar tempatan yang terbabit di dalam pengeluaran bahan-bahan pembinaan. Berkhidmat selama empat tahun di syarikat terbabit, beliau bertanggungjawab mengendalikan seramai 160 kakitangan dan mengendalikan dua kilang pengeluaran serentak.
Tengku Farith juga merupakan Presiden untuk Pertubuhan Usahawan Teknokrat Malaysia (TeAM) Technopreneurs Association of Malaysia. TeAM telah ditubuhkan untuk membantu pembangunan teknologi maklumat di Malaysia.
Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pengasas NEF (New Entrepreneur Forum) sebuah badan yang membantu pembangunan usahawan bumiputera di Malaysia.
Pada tahun 2002, beliau telah dipilih di dalam senarai 100 pemimpin untuk 100 Global Leaders for Tomorrow (GLT) daripada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland dan telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Muda daripada Dewan Perniagaan Melayu Muda pada tahun 2004.
Kecemerlangan Tengku Farith terbukti apabila dia diberi kepercayaan menjadi ahli kounsel bagi NITC dan Technopreneur Flagship.Tengku Farith merupakan lulusan Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Carleton pada 1992.
 

2- PHUA KIEN SENG TOKEY PENDRIVE

 
 
Pada hari ini USB Flash Drive merupakan antara benda yang paling penting dan dianggap sebagai satu keperluan terutamanya pelajar dan pekerja. Jika anda masih ingat lagi pada ketika itu USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat MalaysiaPenciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller."Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.

Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.

Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga